PropertySifu
Publish your ad

Promosi HOC 2020-2021 (Home Ownership Campaign) telah dilanjutkan oleh kerajaan sehingga Disember 2021

contoh harga rumah baharu di Rawang, Selangor


 

 

Ditulis oleh: Wan Ariff Danial |

Pembeli rumah Malaysia yang ingin membeli harta tanah kediaman baru mempunyai masa sehingga 31 Disember 2021 untuk memanfaatkan pengecualian duti setem.

 Dalam usaha merangsang pasaran harta tanah dan memberikan bantuan kewangan kepada pembeli rumah setelah wabak Covid-19, kerajaan akan mengenalkan kembali Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di seluruh negara, yang pada awalnya berakhir pada Disember 2019.  

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa taklimat rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek (PENJANA) pada 5 Jun, kerajaan akan meneruskan Kempen  HOC yang menampilkan pengecualian duti setem yang signifikan pada  kos pemindahan hartanah dan  kos guaman, yakni  dokumen Perjanjian Pinjaman.

Kempen ini diharapkan akan menjadi pemangkin yang sangat diperlukan untuk meningkatkan pasaran perumahan pada tahun yang akan datang.  Industri-industri yagn terjejas, termasuk harta tanah kerana sekatan pergerakan kerana wabak COVID19, MCO dan CMCO. 

Cukai duti setem di bawah HOC  dengan kadar faedah yang lebih rendah yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Julai 2020 diharapakan akan membantu pembelian dan pemilikan rumah.

Berikut adalah beberapa perkara yang harus anda ketahui mengenai HOC:

1. Apa sebenarnya Kempen Pemilikan Rumah (HOC) & Jangkamasa Perlaksanaan?

Kerajaan teal bagi kali pertama telah melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sebagai salah satu inisiatif perumahan di bawah Belanjawan 2019. Kempen ini dilancarkan pada Januari 2019 dan pada awalnya sepatutnya berakhir pada 30 Jun 2019, tetapi kerana permintaan yang tinggi, kerajaan melanjutkan HOC selama enam bulan hingga 31 Disember 2019. Selepas tamat tempoh tersebut, kerajaan telah memperkenalkan kembali HOC  sebagai tindak balas untuk meningkatkan jual-beli pasaran hartanah semasa pandemik Covid-19 dan beroperasi dari 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021.

 

Pada 31 Mei, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa skim pengecualian duti setem kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) akan dilanjutkan selama enam bulan lagi sehingga 31 Disember 2021. Keputusan ini dibuat sempena MCO yabng dilanjutkan di Malaysia, di mana Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO) yang bermula dari 1 Jun.

HOC adalah usaha bersama oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Persatuan Pembangun Harta Tanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia. Fokus utama HOC menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Y.B. Zuraida Kamaruddin, adalah untuk membantu bakal pemilik rumah untuk mendapatkan harta tanah mereka dengan sedikit sebanyak bantuan pelepasan dari harga keseleuruhan yang perlu ditanggung. Selain itu, pihaknya berharap dapat mengurangkan harta tanah yang tidak terjual di pasaran,  

Menurut Laporan Pasaran Harta NAPIC 2019, jumlah harta tanah kediaman yang tidak terjual di Malaysia menurun untuk pertama kalinya setelah 4 tahun; sebanyak 5.1% pada tahun 2019!

 

2. Apakah terma & syarat HOC?

a.) HOC hanya boleh dinikmati untuk harta tanah yang dijual antara 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021.

 

b.) Terbuka untuk semua rakyat Malaysia, tanpa batasan jumlah pembelian. Had margin pembiayaan 70%  untuk pinjaman perumahan ketiga dan seterusnya untuk harta tanah bernilai RM600,000 ke atas turut boleh menikmati HOC, tertakluk budi-bicara dan kelulusan dari institusi kewangan.

 

c.) Harta tanah kediaman baru dipasaran (rumah yang telah dilancarkan atau disiapkan) - Ini bermaksud hanya harta tanah kediaman baru yang dibeli terus dari pemaju dengan APDL (Izin Iklan dan Lesen Pembangun).

 

d.) Rumah di pasaran hartanah, seperti rumah yang dibeli dari rakan, ahli keluarga atau orang lain yang sebelumnya membeli rumah dari pemaju, tidak memenuhi syarat.

 

e.) Hartanah untuk dijual di:

  • Semenanjung Malaysia, mesti didaftarkan dengan REHDA Malaysia.
  • Sabah- mesti didaftarkan dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Harta Tanah Sabah (SHAREDA)
  • Sarawak- mesti didaftarkan dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Harta Tanah Sarawak (SHEDA)

f.) Pangsapuri perkhidmatan mestilah untuk kegunaan kediaman sahaja dan tidak boleh ditukar untuk aktiviti komersial.

 

3. Bagaimana HOC 2020-2021 memberi manfaat kepada pembeli rumah?

 

Terdapat pengecualian duti setem penuh pada Memorandum Pemindahan (MOT) dan Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk rumah yang berharga antara RM300,001 dan RM1 juta. Rumah yang bernilai kurang dari RM300,000 tidak memenuhi syarat untuk pengecualian.

Hartanah yang jatuh dalam julat harga RM1 juta -RM2.5 juta akan dikenakan duti setem sebanyak 3%, dan duti setem 3% hanya akan dikenakan pada jumlah baki selepas RM1 juta. Contohnya, jika harga harta tanah adalah RM1.5 juta, duti 3% hanya dikenakan pada RM500,000.

Caj duti setem 0.5% pada perjanjian pinjaman perumahan anda juga dikecualikan sepenuhnya - ini bagi harta tanah yang berharga dari RM300,00 hingga RM2.5 juta.

Pembeli rumah juga akan dapat menikmati potongan 10% (minimum) dari harga pembelian - Diskaun ini mesti ditunjukkan dalam Perjanjian Jual Beli (SPA). Pemaju harta tanah yang menawarkan sekurang-kurangnya 10% diskaun untuk projek perumahan mereka, haruslah mendaftar dibawah HOC .

 CATATAN: Potongan harga diberikan berdasarkan harga APDL yang diluluskan. Untuk harta tanah di mana tiada APDL ( projek yang telah memperolehi CCC), diskaun 10% adalah berdasarkan harga jualan

 

Jelas bahawa membeli rumah di bawah HOC akan menjimatkan banyak wang. Sebelum ini, pembeli rumah perlu membayar duti setem sebanyak 1% untuk RM100,000 bagi rumah pertama, 2% untuk RM100,001 hingga RM500,000 seterusnya dan 3% untuk RM500,001 hingga RM1 juta berikutnya. 

Sekali imbas, mungkin tidak kellihatan diskaun yang besar tetapi disini kami tunjukkan rebat yang anda terima berdasarkan rumah bernilai RM500,000. Duti setem yang perlu anda bayar berjumlah:

 

= [(0.01 × 100,000) + (0.02 × 400,000)] + 0.5% daripada jumlah pinjaman perumahan (90% daripada RM500,000)

= RM1,000 + RM8,000 + RM2,250

= RM11,250 

 

In tidak termasuk diskaun 10% yang perlu ditawarkan oleh pemaju. Tanpa HOC, anda akan dikenakan biayaian RM511,250 termasuk duti setem.

Tetapi, dengan HOC, anda hanya perlu biayaan RM450,000 dan menerima penjimatan sebanyak RM61,250!

 

4. Apa yang perlu saya tahu mengenai HOC?

a.) Perjanjian Jual Beli (SPA) mesti dilaksanakan (ditandatangani) antara pembeli dan pemaju pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2021.

b.) Ada laporan media bahwa beberapa projek perumahan yang menawarkan HOC masih belum dilancarkan lagi - pembeli rumah harus berhati-hati kerana diskaun 10% tidak boleh dinikmati untuk projek-projek ini.

c.) Pemaju dibenarkan menawarkan diskaun 10% kepada pembeli sebelum mendaftarkan projek dengan REHDA untuk HOC. Walau bagaimanapun, pemaju mesti memastikan bahawa unit yang dijual didaftarkan setelah proses pendaftaran dimulakan dan Perjanjian Jual Beli ditandatangani dalam tempoh  masa kempen.

d.) Pastikan mana-mana pemaju yang mempromosikan kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah telah didaftarkan dengan REHDA HOC.

Senarai projek-projek perumahan yang berdaftar dengan  HOC boleh di lihat disini.

 

5. Membeli rumah di bawah HOC

Semasa HOC 2019, beberapa pameran diadakan di seluruh negara untuk pemaju mempamerkan harta tanah kediaman mereka. Ekspo unggul HOC di Lembah Klang  pada bulan Mac 2019 menarik 43,000 pelawat dan mencatatkan tempahan rumah bernilai sebanyak RM285 juta.

Kebanyakan pemaju yang menjual harta tanah di bawah HOC mempromosikan projek kediaman mereka secara dalam talian. Anda boleh melihat pelbagai tawaran HOC 2020-2021 seperti Yuran Undang-Undang Percuma, diskaun / rebat khas.

Sila gunakan peluang yang ditawarkan kerajaan untuk masa depan anda!